Friday, July 24, 2009

MONEY MANAGEMENT

Reminder to myself....the Money Management need to take into consideration and the most important matter to be success in real trading environment !!!!! PLEASE DO NOT IGNORE !!!!!

From Bro WHA :

a. Confirm the color of TREND in TraderWawasan TE V2.0.MQ4SWERT
b. Confirm the same color in WHA92807a
c. Again confirm the trend in WHA
92807a
d. Check with BoosterPower (true or false signal)
e. Additional :

  • Check with the current price action from Oasis FX Currency Strength Meter.
  • Bollinger Band can be act like Support and Resistance. Don't OP when the CS hits or crossover the BB line. The price will reverse after 3 or 4 CS.
  • Check with Pivot Level ~ R1,2,3 and S1,2,3.
  • Try to draw Equidistant Channel, Trendline and Fibonacci for extra precaution.

Saturday, June 27, 2009

Guru

Dapat guru baru dalam forex from Oasis Wealth Builders...a new experience. Tak rely sepenuhnya kepada indicator. Lebih kepada fundamental analysis, resistance line, channel and trendline, combining price action with basic indicators .
And the best thing is dapat pelajari "kuda". Harap dapat menguasai sepenuhnya.

Thursday, April 23, 2009

LONDON

Masa aku mengemas bilik anak aku, berplastik-plastik barang terpakai yang memang dah tak digunakan lagi aku buang. Daripada meyemakkan mata, lebih baik aku campak ke tong sampah. Perangai aku ni pelik sikit...aku tak boleh tengok tempat bersepah...mulalah aku naik tension dan tak tenteram. Aku payah nak start mengemas but once aku mulakan...selagi tak siap aku takkan berhenti dan aku tak suka orang mengacau kerja aku.
Dalam masa mengemas tu, aku terjumpa gambar-gambar lama aku masa aku ke London a few years back. Setakat ni hanya 3 keping yang aku jumpa. Alamak!! Sayang betul gambar-gambar ni...mana pergi yang lain lagi. Kalau aku biarkan gambar ni, nampaknya akan hilang jugak nanti. So aku decided to scan it and post it in here. At least kalau hilang hardcopy aku still ada softcopynya....

















Tuesday, April 21, 2009

Hasil menuai semalam kat Forex...Micro Acc je..Terlupa aku nak ucapkan jugak terimakasih aku kepada semua warga FXOpen...especially FxMalay...bro Fadzli..warga forum yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan the creator of the indicator of MP2009..tak sabar nak tunggu MP2009 ADV..


Kembali lagi...

Salam...

Aku kembali lagi setelah lama menghilang...bukannya hilang ke mana-mana..cuma aku sibuk dengan aktiviti baru aku...aku dah jadi seorang trader sekarang ni..FOREX Trader.
Something yang aku really minat dari zaman sekolah lagi tapi tak ada peluang nak melompat ke situ sebab aku dah terlompat ke bidang kejuruteraan.
So baru-baru ni aku ada berborak dgn sahabat lama..Mr Sallehuddin Jalil..rupa-rupanya dia pun baru involved dengan Forex ni. So apalagi...aku pun belajar dari dia sehingga aku jadi Real Trader now but not yet full time...but it's gonna to be someday..InsyAllah.
Terimakasih tak terhingga kepada Bro Wha928 kerana telah dengan murah hatinya memperkenalkan aku dengan very powerful indicator...
Approx 300 pips today...


Tuesday, July 29, 2008

Majlis Khatam Al-Quran 26th July 2008

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26hb Julai 2008 di Taska Ummi Bistari di Seksyen 6, Kota Damansara. Terimakasih yang tidak terhingga daripada kami pelajar-pelajar Ustaz Azmi untuk pemilik Taska iaitu En Rosli serta isterinya yang telah bermurah hati mengizinkan taskanya dijadikan tempat mengaji dan khatam al-Quran. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik insan-insan ini. Terimakasih juga kepada insan-insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, penderma2 dan cikgu2 taska yang bersusah payah dalam menjayakan program ini. Miniiii aku...Dudy @ Kak Ungku, Intan, Has, Zai, Iza, Kak I, Hana, Cikgu, Auntie Orkid, Abg Lan, Amy, Hidayah, Kak Ros, Abg Sabri, Sarinah, Cikgu Iza, Aida, Puan Rahimah, Yanie, Ali Jupri, Hasbullah, kawan-kawan Intan, bos Intan dan lain-lain...maaf sekiranyan ada nama yang tertinggal...yang nyata Allah maha mengetahui. Tanpa mike-mike semua, tak dapatlah kami menjayakan program ini dengan suksesnya.
Jutaan tahniah juga kepada para qariah kerana telah berjaya menamatkan pengajian Al-Quran dan diharap selepas ini, pengajian akan dapat diteruskan hingga ke akhir hayat. Aku masih ingat kata-kata Ustaz Haji Azmi..` Dalam kehidupan ini kita mesti ada 2 perkara iaitu belajar atau mengajar, sekiranya kamu tidak mampu untuk mengajar maka hendaklah kamu belajar'.

Peserta-peserta Khatam Al-Quran bersama Ustaz Azmi, guru yang banyak jasanya kepada kami. Banyak masanya dikorbankan kepada kami. Siap bunga manggar lagi, thanx Intan for the marvelous idea.


Pose baik punye sebelum majlis, nampak ayu semuanya......
tapi hang tak tahu....depa semuanya ni tengah KETAQQQQ !!!!
Menunggu majlis nak dimulakan.



Sempat posing gituuuu................. Majlis dimulakan.....


Wow !!! Cik Intan dan Cik Hidayah kita
memperdengarkan
kemerduan
alunan Qurannya...



Rakaman video.....sorry tak dapat nak teruskan rakaman.....masa ni lah pulak bateri nak habis !

Thursday, July 17, 2008

M A T I

Renungi,hayati,insafi... Firman Allah SWT bermaksud; “Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan, kemudian kamu dihidupkan, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan DAPAT membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun Tanda-Tanda Ini Terbahagi Kepada Beberapa Keadaan : Tanda 100 Hari: Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 Hari: tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 Hari: Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 Hari: Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari: Tanda satu hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. PENUTUP Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa kita. lain. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Firman Allah: “ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalm kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan atas kebenaran dan berpesan atas kesabaran”. Maksud sabda baginda: “ manusia yang paling cerdik itu ialah mereka yang mengingati MATI.”. Sesungguhnya, bila seseorang itu mengingati mati, maka dia akan menjadi manusia yang paling aktif dan produktif.

Monday, July 14, 2008

Doha, Qatar

Aku ke Doha, Qatar atas urusan kerja dari 3hb Mei ~ 30hb Mei 2008. Perrgghhh...panas melohot...kata orang Pahang. Temp masa aku kat situ approx 40C dan boleh mencecah 50C pada bulan Ogos. Cair dibuatnya! Sebulan aku kat sana, aku rasa betapa bertuahnya tinggal di Malaysia...cuaca ok, makan ok and everythings ok...cuma politic scenario these days yang buat aku meluat...kat atas sana sibuk kata mengata, tuduh menuduh...dan macam2 lagi.
Assalamualaikum pemimpin semua...yang patut dibuat sekarang adalah cari jalan penyelesaian macamana nak ringankan beban rakyat dan sama2 merasa apa yang rakyat rasa...bukannya suruh rakyat ubah cara hidup tapi pemimpin tak pernah nak rasa macamana peritnya hidup orang kat bawah ni! Politik! Politik! Dah skip pasal ni...nak muntah aku!!
Qatar..Qatar.. aku makan mee kari kat Souq ~ tempat open space org lepak2 minum dan pekena Sisha, korang nak tahu berapa aku kena bayar? QR 35 semangkuk..approx RM 31.50......nasi lemak QR 25..approx RM 22.50 !! Food and accomodation .....the price is ridiculous!

Doha City Center Shopping Complex


SOUQ , Doha berjalan-jalan dgn Faris...tourist guide aku..dah 2 thn dia kat Doha.


Aweks Philiphino...tempat aku kerja.


Polis SOUQ

Bagan Lalang 7hb Jun 2008

Zai , Dudy and Iza

2 gadis pingitan Sheera & Tisha

Our lovely couple Nasir & Has
Abang Nasir...Abang Nasir...


The Inventor of Mud Pool Wrestling

Hari Merisik Ungku Intan Sarafina




Semalam, 13hb July 2008 merupakan hari penting buat Ungku Intan Sarafina .... hari merisik... Auntie Mah call kami untuk hadir tapi kami berada di Temerloh masa tu.. so tak dapat datanglah. Entah apa cerita , kami still tak tahu...khabarnya bertunang bulan Ogos nanti dan hari khawin tahun ni juga. Tahniah buat Intan Sarafina...