Tuesday, July 29, 2008

Majlis Khatam Al-Quran 26th July 2008

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 26hb Julai 2008 di Taska Ummi Bistari di Seksyen 6, Kota Damansara. Terimakasih yang tidak terhingga daripada kami pelajar-pelajar Ustaz Azmi untuk pemilik Taska iaitu En Rosli serta isterinya yang telah bermurah hati mengizinkan taskanya dijadikan tempat mengaji dan khatam al-Quran. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik insan-insan ini. Terimakasih juga kepada insan-insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, penderma2 dan cikgu2 taska yang bersusah payah dalam menjayakan program ini. Miniiii aku...Dudy @ Kak Ungku, Intan, Has, Zai, Iza, Kak I, Hana, Cikgu, Auntie Orkid, Abg Lan, Amy, Hidayah, Kak Ros, Abg Sabri, Sarinah, Cikgu Iza, Aida, Puan Rahimah, Yanie, Ali Jupri, Hasbullah, kawan-kawan Intan, bos Intan dan lain-lain...maaf sekiranyan ada nama yang tertinggal...yang nyata Allah maha mengetahui. Tanpa mike-mike semua, tak dapatlah kami menjayakan program ini dengan suksesnya.
Jutaan tahniah juga kepada para qariah kerana telah berjaya menamatkan pengajian Al-Quran dan diharap selepas ini, pengajian akan dapat diteruskan hingga ke akhir hayat. Aku masih ingat kata-kata Ustaz Haji Azmi..` Dalam kehidupan ini kita mesti ada 2 perkara iaitu belajar atau mengajar, sekiranya kamu tidak mampu untuk mengajar maka hendaklah kamu belajar'.

Peserta-peserta Khatam Al-Quran bersama Ustaz Azmi, guru yang banyak jasanya kepada kami. Banyak masanya dikorbankan kepada kami. Siap bunga manggar lagi, thanx Intan for the marvelous idea.


Pose baik punye sebelum majlis, nampak ayu semuanya......
tapi hang tak tahu....depa semuanya ni tengah KETAQQQQ !!!!
Menunggu majlis nak dimulakan.



Sempat posing gituuuu................. Majlis dimulakan.....


Wow !!! Cik Intan dan Cik Hidayah kita
memperdengarkan
kemerduan
alunan Qurannya...



Rakaman video.....sorry tak dapat nak teruskan rakaman.....masa ni lah pulak bateri nak habis !

No comments: