Masa aku mengemas bilik anak aku, berplastik-plastik barang terpakai yang memang dah tak digunakan lagi aku buang. Daripada meyemakkan mata, lebih baik aku campak ke tong sampah. Perangai aku ni pelik sikit...aku tak boleh tengok tempat bersepah...mulalah aku naik tension dan tak tenteram. Aku payah nak start mengemas but once aku mulakan...selagi tak siap aku takkan berhenti dan aku tak suka orang mengacau kerja aku.Dalam masa mengemas tu, aku terjumpa gambar-gambar lama aku masa aku ke London a few years back. Setakat ni hanya 3 keping yang aku jumpa. Alamak!! Sayang betul gambar-gambar ni...mana pergi yang lain lagi. Kalau aku biarkan gambar ni, nampaknya akan hilang jugak nanti. So aku decided to scan it and post it in here. At least kalau hilang hardcopy aku still ada softcopynya....
